Pakej Website

Sale!

Minisite Viral

RM499.00 RM399.00

  • Hosting dan Domain Setahun
  • Rekaan Header & Footer
  • Paparan Mesra Telefon Pintar / Responsive
  • 30 Hari Bantuan Teknikal
  • 3 Alamat Email@webanda.com
  • Opt In Form untuk Database
Categories:, ,

Product Description

Mengapa anda perlukan minisite?

Minisite merupakan sejenis website yang memaparkan hanya satu halaman sahaja. Ianya tidak serabut dengan widget atau iklan seperti blog dan website. Ini kerana tujuan utama minisite adalah untuk memberi keselesaan kepada pembaca bagi mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai produk yang mereka sedang lihat sekarang. Sekiranya berminat, mereka akan meneruskan bacaan sehingga habis dan berkemungkinan besar mereka akan terus membuat pembelian. Oleh sebab itu kami akan memastikan minisite anda lengkap, menarik, dan mempunyai surat jualan yang cukup kuat untuk menukarkan prospek menjadi pembeli.

Sekiranya anda merupakan peniaga tegar di Facebook, minisite juga boleh dijadikan sebagai ‘backup’. Sebagai peniaga di Facebook anda semestinya sudah sedia maklum bahawa polisi mereka sering kali berubah. Ada kalanya anda sendiri tidak sedar telah melanggar polisi yang mereka sudah tetapkan. Hari ini anda boleh buat perkara yang selalu anda buat dan mungkin esok sudah tidak boleh. Jika anda melanggar polisi ini dengan kerap, berkemungkinan besar akaun anda akan dibekukan. Akibatnya, anda terputus hubungan dengan prospek yang berada di Facebook kerana mereka tidak mempunyai alternatif lain untuk menghubungi anda. Akhirnya mereka akan mencari pesaing anda. Sudah tentu anda tidak mahu ianya jadi begitu bukan?

Itu merupakan salah satu masalah berniaga di Facebook. Sekiranya anda selamat, masih ada satu lagi masalah yang anda perlu hadapai iaitu perubahan layout, design dan algorithm Facebook. Sedikit perubahan sahaja akan memberi impak kepada perniagaan anda. Sering kali kita dengar pesaing mencuri prospek di Facebook. Pantang melihat prospek komen terus pesaing ambil kesempatan. Sedih bila memikirkannya. Bagi anda yang mempunyai minisite, perkara ini tidak akan berlaku kerana minisite dikawal oleh anda sendiri. Tidak ada pesaing yang dapat mencuri pelanggan anda kerana data prospek akan terus sampai ke tangan anda.

Dengan mempunyai minisite, anda tidak perlu update post setiap hari seperti di Facebook. Cukup dengan hanya siapkan satu laman jualan lengkap mengenai produk serta arahan untuk membeli kemudian biarkan minisite anda bekerja 24/7. Kami bukan mengajak anda untuk terus meninggalkan perniagaan di Facebook dan beralih kepada minisite tetapi menyarankan anda untuk mempunyai minisite sebagai backup. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri tetapi lebih baik jika anda memiliki kedua-duanya sekali kerana ianya saling melengkapi.

Sekiranya anda telah jelas akan kepentingan minisite, anda tidak perlu risau lagi kerana kami sudah bersiap sedia untuk menghasilkan minisite yang terbaik untuk anda. Sila klik butang ADD TO CART sekarang!

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

You may also like…

WordPress Theme built by Shufflehound. Ramzi Bakri Dot Com © Copyright 2018
en_USEnglish
en_USEnglish