Panduan ini akan membantu anda membuat keputusan yang tepat dalam memilih hosting yang sesuai untuk anda.

Dengan memahami setiap makna apa yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat hosting, anda akan dapat menentukan mana syarikat dan pakej yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda.

Seterusnya anda dapat menjimatkan masa dan wang.

1. Harga
Ini adalah aspek yang paling utama yang selalu kita lihat dalam memilih syarikat hosting.

Tetapi ia tidak sepatutnya menjadi faktor penentu dalam membuat keputusan.

Apabila melihat harga, kita harus ingat bahawa kita dapat apa yang kita bayar. Good thing comes with price.

Mengambil pakej yang termurah selalunya bukan idea yang baik, terutamanya bila anda bergantung kepada website anda untuk membuat duit.

Support yang power dan hardware yang berkualiti selalunya mahal, dan pakej hosting serendah RM30 setahun selalunya tidak menawarkan perkara ini.

Perhati betul-betul setiap ciri-ciri yang ditawarkan oleh setiap syarikat, dan BARULAH bandingkan harga.

2. Customer support yang cemerlang
Internet tidak pernah tidur.

Masalah boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Oleh itu carilah syarikat yang mampu menyediakan bantuan pelanggan yang cemerlang.

Banyak syarikat selalunya mendakwa mereka menyediakan bantuan pelanggan 24-7, tetapi ini tidak selalunya pantas dan berpengetahuan dalam menyelesaikan masalah kita.

Oleh itu, langkah yang bijak untuk menguji respons staff customer support sesebuah syarikat itu sebelum mengikat kontrak jangka panjang dengan mereka.

3. Spec yang ditawarkan / batasan
Dalam bisnes online, kita harus mengelakkan downtime yang berpanjangan.

Masa adalah wang. Dan ia tidak bagus untuk user experience.

Share hosting yang paling asas sudah memadai jika website anda mempunyai trafik yang sedikit.

Dengan kata lain, jika website anda menjalankan perniagaan atas talian dan mempunyai trafik yang besar, maka VPS atau Dedicated adalah pilihan yang jauh lebih baik.

Ia mungkin sedikit mahal, tetapi ia boleh diharapkan dalam jangka masa yang lama. Terutamanya apabila website anda terkena ‘traffic spike‘, iaitu trafik yang besar datang secara tiba-tiba.

Aras dan kualiti bantuan teknikal yang anda akan perolehi juga lebih baik.

4. Rekod uptime yang cemerlang
Syarikat hosting yang anda pilih harus mengambil setiap langkah untuk memastikan uptime yang maksimum.

Memang tiada syarikat yang mampu memberi jaminan 1oo% uptime, tapi sekurang-kurangnya ia mampu menawarkan 99% uptime secara purata.

5. Pilih syarikat yang mempunyai reputasi tinggi
Setelah anda membuat senarai pendek ciri-ciri yang anda perlukan, langkah seterusnya adalah memilih syarikat yang mempunyai reputasi yang baik.

Ini adalah penting supaya anda tidak bermasalah kemudian hari nanti.

Periksa latar belakang syarikat. Siasat sudah berapa lama syarikat tersebut telah menjalankan perniagaan.
Buat carian dan periksa review serta testimoni pengguna yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka. Internet selalu memaparkan kebenaran.
Periksa statistik downtime dan jadual penyelenggaraan.
Jangan perjudikan perniagaan anda.

Saya pernah membantu seorang peniaga online menukar syarikat hosting dari syarikat yang bermasalah, dimana prosesnya sungguh menyakitkan hati. Tiada istilah melayu tolong melayu dalam hal ini, atau anda akan bermasalah nanti.

Pilih yang benar-benar mempunyai rekod cemerlang.

Jenis dan perbezaan pelan hosting
Adakah anda memahami setiap pelan yang ditawarkan?

Menilai dengan cermat apa keperluan anda sebelum membeli hosting akan menjimatkan anda beratus-ratus ringgit.

Seperti kita nyatakan diatas, terdapat beberapa pilihan berlainan untuk hosting laman web anda, seperti Share, VPS dan Dedicated hosting.

Mari fahami dengan lebih lanjut pilihan-pilihan ini dalam menentukan apa penyelesaian yang terbaik buat anda: