Pada masa kini, persaingan perniagaan menjadi semakin sengit. Pelbagai teknologi dan platform yang memudahkan pelanggan membeli secara atas talian semakin berkembang pesat. Pelanggan pada hari ini ramai yang memilih untuk ‘shopping online’ atas banyak sebab. Pastinya anda sendiri juga ada sebab kenapa anda suka membeli secara atas talian. Sejajar dengan perkembangan permintaan ke atas pasaran online, di sini kami senaraikan beberapa faktor penting kenapa anda WAJIB memiliki sebuah website jika berniaga pada masa kini :

1) KOS EFEKTIF
Anda boleh menjimatkan banyak kos seperti kos sewaan bangunan kedai, kos elektrik, kos gaji pekerja yang ramai dan banyak lagi. Anda tidak perlu menyewa bangunan di lokasi yang strategik untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda yang bayaran sewaannya mencecah puluhan ribu ringgit, kerana dengan adanya website, walau di ceruk manapun anda berada, pelanggan tetap boleh ‘mencari anda’.

2) KEDAI BUKA 24 JAM
Berbeza dengan kedai berbentuk fizikal atau secara offline. Kedai perlu dibuka mengikut had masa dari 10 pagi hingga 10 malam. Website pula, anda boleh biarkannya bekerja untuk anda 24 Jam sehari 360 hari setahun tanpa henti.  Semakin lama ‘kedai online’ anda buka, semakin tinggi potensi untuk menghasilkan jualan dan keuntungan! Kerana website anda mampu melayan ribuan pelanggan dalam satu masa walaupun pelanggan dari luar negara tanpa had masa.

3) KESELESAAN BUAT PELANGGAN
Pelanggan lebih selesa jika mereka boleh membuat keputusan tanpa ‘diikuti atau dinasihati’ oleh salesman! Ini adalah salah satu sebab yang menyebabkan pelanggan selesa membeli dan menambah pembelian apabila mereka ‘shopping’ secara atas talian. Pelanggan mudah melihat spesifikasi produk dengan tenang, membuat pilihan produk yang sesuai dengan bajet mereka dan boleh lihat semua gambar koleksi yang ada.

4) KREDIBILITI SEMAKIN MENINGKAT
Apabila bisnes anda mempunyai website, secara tidak langsung anda sedang membina kepercayaan kepada bakal pelanggan. Selain ‘impression’ sesebuah perniagaan yang mempunyai website adalah lebih meyakinkan, ia juga memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa mereka perlu membeli daripada anda kerana anda mempunyai sistem yang lebih baik berbanding pesaing anda yang hanya menjual di Facebook. Sebabnya website mempunyai sistem invoice, sistem simpanan data pelanggan, pelanggan boleh ‘bookmark’ untuk pembelian yang seterusnya dan banyak lagi.

5) AUTO PILOT
Pelanggan adakalanya ingin membuat pembelian setelah memikirkan mereka memerlukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah mereka. Adakalanya, mereka mendapat ‘ilham’ untuk membuat pembelian ketika jam pukul dua pagi. Kerana pada masa kini, kita tahu di negara kita terdapat ramai ‘prospek’ yang bekerja shift sehingga pagi. Apabila pelanggan ingin membuat pembelian di waktu seperti ini, mereka akan ‘Google’ apa yang mereka mahu. Disinilah halaman web akan membantu. Menjual dan menerima bayaran pelanggan secara ‘auto pilot’ tanpa memerlukan anda menjawab PM ketika anda sedang tidur!

Ada banyak lagi kelebihan apabila anda memiliki halaman web sendiri untuk perniagaan anda. Buat keputusan hari ini sebelum pesaing anda bertindak dahulu. Halaman web adalah suatu kewajiban untuk perniagaan yang berdaya saing pada hari ini. Perniagaan tanpa halaman web akan berkubur ditinggalkan oleh persaingan yang sengit. Jika syarikat gergasi seperti Lazada, Shopee, Air Asia, Alibaba, Amazon pun memiliki halaman web untuk perniagaan mereka, kenapa tidak anda? Tempah sekarang! Klik DI SINI